Tuesday, September 25, 2012

Program Pecutan Akhir SPM Prinsip Perakaunan Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak 2012

Satu lagi aktiviti Panitia Daerah Prinsip Perakaunan di Daerah Hilir Perak telah dijalankan di SMK Seri Perak pada 20 September 2012 dengan jayanya. Seramai 210 murid dan guru telah menghadiri program tersebut dan cukup memberi manfaat yang baik kepada semua murid untuk meningkatkan keputusan SPM tahun ini.  Program ini juga ke arah mencapai hasrat PPD Hilir Perak iaitu" Ke arah Hilir Perak Nombor 1."
Setiausaha Daerah memberi ceramah teknik menjawab soalan Prinsip Perakaunan.

Pelajar-pelajar tengah menjalankan aktiviti "hands on " menjawab saolan.

Guru dan murid khusyuk mendengar ceramah.

Naib Pengerusi Panitia Prinsip Perakaunan Daerah Hilir Perak memberi ucapan perasmian .

Seminar LCCI dan Kecemerlangan Prinsip Perakaunan Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak 2011

Panitia Prinsip Perakaunan Daerah Hilir Perak telah mengadakan satu lagi aktiviti bagi meningkatkan pencapaian keputusan SPM untuk subjek ini pada 28 Julai 2011. Aktiviti ini telah dapat dijalankan dengan baik dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Cadangan dari semua sekolah yang menawarkan subjek ini ialah aktiviti-aktiviti seperti  ini dapat  diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang !!
Wakil LCCI Kuala Lumpur memberi input tentang sijil LCCI kepada pelajar.

Wakil dari Kolej Shen Jai , Ipoh menerangkan jenis kursus yang ditawarkan di tempat pengajian mereka.