Monday, September 20, 2010

Thursday, September 2, 2010

Bahan Pembelajaran Ting 4 - (2)

ASET - Harta perniagaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Aset Semasa --Harta yg senang berubah bentuk dan nilai dlm satu tempoh perakaunan.
Aset yg boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yg cepat atau digunakan dlm satu tempoh perakaunan
Contoh: Stok akhir, penghutang, bank , tunai, hasil belum terima dan belanja terdahulu

Aset Bukan Semasa --- Digunakan utk menjalankan perniagaan dan bukan utk tujuan jualan semula.
Aset yg tahan lama dan kekal utk beberapa tempoh perakaunan iaitu lebih dpd 1 tahun.
Contoh:Mesin, kenderaan, premis, lengkapan , perabot dan alatan pejabat.

LIABILITI- Hutang perniagaan kpd pihak luar

Liabiliti Semasa -- Definisi :Hutang
perniagaan yg perlu dibayar dlm tempoh
satu tahun.Contoh: Pemiutang, Overdraf bank, sewa terakru dan komisen diterima terdahulu.

Liabiliti Bukan Semasa ----- Definisi :Hutang perniagaan yg perlu dijelaskan melebihi tempoh satu tahun. Contoh: Pinjaman Bank dan Gadaijanji

Bahan Pembelajaran Ting 4

Konsep dan prinsip perakaunan yang asas:

1 Berterusan
2 Akruan / (Pemadanan)
3 Ketekalan / Konsistensi
4 Materialiti / Kematanan
5 Entiti berasingan
6 Wang sebagai ukuran
7 Tempoh perakaunan
8 Kos sejarah
9 Pelaporan Berasas Nilai saksama
10 Prinsip catatan bergu
11 Konservatisme

Berita Terkini Prinsip Perakaunan

Pelajar Ting 4 2010 perlu menyiapkan Tugasan Projek yang merupakan K3 dalam Prinsip Perakaunan SPM 2011. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila melayari portal Lembaga Peperiksaan. Tempoh menyiapkan projek  adalah awal bulan Oktober. Selamat melaksanakan projek! Ia merupakan satu pendedahan yang cukup baik kepada semua pelajar Prinsip Perakaunan untuk memahirkan diri dalam ICT.