Thursday, September 2, 2010

Bahan Pembelajaran Ting 4 - (2)

ASET - Harta perniagaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Aset Semasa --Harta yg senang berubah bentuk dan nilai dlm satu tempoh perakaunan.
Aset yg boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yg cepat atau digunakan dlm satu tempoh perakaunan
Contoh: Stok akhir, penghutang, bank , tunai, hasil belum terima dan belanja terdahulu

Aset Bukan Semasa --- Digunakan utk menjalankan perniagaan dan bukan utk tujuan jualan semula.
Aset yg tahan lama dan kekal utk beberapa tempoh perakaunan iaitu lebih dpd 1 tahun.
Contoh:Mesin, kenderaan, premis, lengkapan , perabot dan alatan pejabat.

LIABILITI- Hutang perniagaan kpd pihak luar

Liabiliti Semasa -- Definisi :Hutang
perniagaan yg perlu dibayar dlm tempoh
satu tahun.Contoh: Pemiutang, Overdraf bank, sewa terakru dan komisen diterima terdahulu.

Liabiliti Bukan Semasa ----- Definisi :Hutang perniagaan yg perlu dijelaskan melebihi tempoh satu tahun. Contoh: Pinjaman Bank dan Gadaijanji

No comments:

Post a Comment